~assalamualaikum~
amaran: jika anda seorang yang lemah semangat diminta tidak scroll lebih bawah kerana paparan yang ditunjukkan mungkin menyebabkan anda muntah dan tidak selera makan.
mahukah anda menjadi seperti di atas?
nauzubillah min zalik minta dijauhkan ....
apakah yang terjadi?ini ialah akibat diabetes mellitus ataupun bahasa kampung dipanggil diabetes basah.
yup tentunya
!diabetes!
mungkin sesetengah orang memandang remeh tentang diabetes.
tetapi secara purata seramai 285 juta! manusia di seluruh dunia menghidap penyakit ini dan perlu diingatkan penyakit ini bukan lagi penyakit keturunan malahan ia penyakit yang boleh didapati tanpa mengira usia.
............
kenapa hana nak tulis pasal diabetes ni?
sebab tadi hana pergi melawat jiran hana yang baru sahaja kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ini.innalillahiwainnalillahirajiun.
hanya tuhan yang tahu betapa insafnya rasa bila lihat wad diebetes tu yang kebanyakkannya sudah dipotong bahagian badannya.
ada yang kudung, ada yang lemah, ada yang merengus sebab sakit.
......................
nak tahu macam mana dia rawat?
dia akan Kuis dan korek
dengan antiseptik sampailah darah kotor dah tiada lagi.
.....................
kenapa kena potong?
sebab bahagian yang dah dijangkiti, sudah jadi daging buruk
so terpaksa lah dibuang sebab memang dah jadi daging 'mati'
.........................
apakah tanda-tanda diebetes?
ü Kerap buang air kecil
>hyperglycaemia terjadi apabila terlalu banyak glucose dalam darah dan insulin menjadi terlalu sedikit untuk melupuskan molekul glucose sehingga menyebabkan ginjal memerlukan banyak air untuk memproses.
ini menyebabkan banyak air terkumpul di urinary bladder dan menyebabkan kekerapan membuang air kecil
ü Kerap jadi haus
>apabila terlalu kerap buang air kecil dan ginjal kita memerlukan lebih banyak air, jadi seseorang itu akan lebih kerap meminum air untuk menggantikan kehilangan air di ginjal.
ü Berat badan turun mendadak
>pankreas akan berhenti menghasilkan insulin menyebabkan serangan virus pada sesetengah sistem imun
menyebabkan sel akan berusaha mendapatkan glukosa dan akhirnya berat badan berkurang
ü Lemah dan selalu letih
>penghasilan glukosa menjadi terencat dan tidak dapat menyumbang ke seluruh tubuh. hal ini kerana tubuh kita memerlukan gula yang cukup sebagai tenaga
ü Kerap lenguh di kaki dan tangan
>glukosa dalam darah tinggi sehingga mengakibatkan kerosakan sistem saraf.
ramai yang tidak ambil peduli tentang tanda ini!
sebagai kesimpulan.
hana berharap sangat yang kita dapat ubah cara pemakanan kepada yang lebih sihat .
tapi jangan sampai tak sentuh gula langsung sebab gula ialah sumber tenaga kita.
~Ya Allah~
jauhilah aku dan ahli keluargaku serta orang yang aku sayangi daripada penyakit merbahaya.
berikanlah kami kesihatan yang baik di sepanjang hayat kami ya Allah
rabbana atina fiddunya hasanah,wafil akhirati hasanah,waqina azabannar
#lebihkan senyuman dalam kehidupan
#senyum itu sedekah
0 comments:
Post a Comment
hi , give me your feedback :)