~assalamualaikum~
hari ini hana nak cerita tentang hobi ayah ku
apa hobi dy?tentunya
!pancing!
atau dalam bahasa jawa disebut FISHING.
ok kegilaan memancing beliau ni memang dah lama sejak membujang dahulu
dan resultnya anaknya (akulatuuu) pun terjebak sama.
ha ni masa muda dia . nampak kan rambut penuh, misai penuh, handsome lagi nih. :)
sejak hana masuk KMK, ayah dah jumpa port baru dia nak mancing sembilang dekat rambah, pontian
adeke orang tak tahu ikan sembilang ni?
ikan sembilang ni sepupu sepapat dengan keli tapi sembilang ni lagi sedap kot.
kebiasaannya ikan ni dimasak asam pedas pekat
perghhhhh!!!!!!!!!! terliurrr tengok.. dahlah buat posting ni pukul 1 pagi , mana lah nak dapat makanan kan...
ok nak dapat ikan ni bukan senang, ada masanya.
kena tunggu air nak pasang,tak pun masa air nak surut
tapi palingg syok masa air tenang.
bak kata ayah
bila air pasang, ikan tu nak pergi shopping dekat muara
bila air surut,ikan balik shopping dan dia nak singgah RnR (hehehe)
nak mancing ni bukan sembarangan umpan tau, biasa ayah beli umpan ruat
bukan murah.. biasa dua ekor dewasa ayah beli RM 20 tau...
(ikan pun nak makan mahal jugak)
yang ni pulak dipanggil perumpun tapi tak laku pun.. ikan tak makan sangat.
yang ni pulak dipanggil umpan tiruan.
ayah beli ni kononnya nak tangkap siakap tapi macam takda ja (heheh)
yang paling complicated dalam memancing ni ialah nak buat perambut.
perambut ni ikut pemahaman hana lah ialah ikatan yang sambungkan tali pancing dengan batu ladung dan mata kail
yang x tu la perambutnya...
ha macam senang kan? tapi nak ikat dia pun kena ada seni tau
kalau tak, ikan kemana,mata kail kemana.
untuk hana yang tak berapa nak ekstreme ni,
hana lebih suka memancing apollo
sebab apollo ni tak perlu tunggu lama-lama,
baling je, tunggu sekejap, then bila rasa ada bende tarik-tarik terus gulung rod.
hahahah kelakar kan, ada banyak mata kail,
suka mancing apollo ni sebab selalu dapat ikan kecil yang comel-comel belaka.
biasa kalau lepak mancing dekat sini sampai lah umpan habis.
sampai ayah dah tahu kalau batang pancing tu jenis sentap terus, itu ialah sembilang,
tapi kalau dia sentap sikit-sikit tu maksudnya ikan belukang
sikit info tentang belukang ni, orang kata lah kan,
ikan belukang ni dia makan taik.wallahualam.huhh
at the end, kadang-kadang kitaorang dapat sampai 5 ekor ke 10 ekor ikan sembilan dan belukang ni.
so dengar cerita bulan 6 ni ayahku akan mancing kat laut
katanya melepaskan gian sebab setahun dia tunggu aku balik KMK heheheh
kesian ayah...
ada sekali ayah mancing di laut dapat lobster
uhuhuhuh best betol lobster tu masak sambal.
tak perlu nak beli mahal-mahal ye dok?
sampai sini sahaja hana nak cerita.dekat bawah ni semua pengalaman ayah memancing
#senyum satu sedekah :)
4 comments:
kaki pancing ni wow :D
Erra Fazira dan Engku Emran Bawa Anak Daftar Darjah 1
http://syokbah.com/erra-fazira-dan-engku-emran-bawa/
SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/segera-kanak-kanak-7-tahun-maut-jatuh.html
emmm ialah pakyan kaki pancing
emmm ialah pakyan kaki pancing
yup dy mmg suka mancing .. siapa ni ye :)
Post a Comment
hi , give me your feedback :)